Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Monday, September 7, 2009

Contoh-contoh Dadah Analgesik

Analgesik ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding nonsterodial anti-inflammatory drugs (NSAID). Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak.

Antara dadah-dadah analgesik ialah:-

1. Aspirin
Aspirin adalah jenama yang digunakan oleh syarikat Bayaer daripada Jerman untuk asid asilitilsalisilik, sejenis dadah daripada famili salisilat. Aspirin seringkali digunakan sebagai analgesik, anti-piretik, dan anti-keradangan. Aspirin kerap digunakan untuk mengubati demam dan selsema. Antara kesan-kesan sampingan mengambil aspirin secara berlebihan ialah distres gastrousus dan tinitus. Aspirin masih mempunyai kesan sampingan tetapi dadah ini adalah lebih baik daripada asid salisilik atau salisin.

2. Opioid
Opioid
ialah bahan kimia yang merangsang reseptor opioid, sejenis sel yang dijumpai di otak, saraf tunjang dan saluran gastrousus. Di dalam bidang perubatan, opioid digunakan sebagai analgesik. Opioid tidak mempunyai had dos maksimum, jadi opioid boleh digunakan untuk merawat barah yang kronik asalkan pengambilannya dibuat secara perlahan-lahan. Ini bagi membenarkan badan untuk membiasakan diri dengan dadah tersebut dan kesan sampingannya menghilang. Penyalahgunaan opioid berpunca daripada kemampuannya menyebabkan euforia. Euforia ialah satu keadaan keriangan dan kegembiraan yang abnormal dan selalunya disebabkan oleh pengambilan dadah. Oleh sebab badan mudah melakukan penyesuaian dengan euforia, penyalahguna akan terus menaikkan dos opioid. Jika dos itu dinaikkan secara mendadak, pernafasan akan terganggu dan kematian mungkin berlaku.

3. Heroin
Heroin atau diasetilmorfin (INN) ialah opioid separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6- diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetilan. Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan pernah diperhatikan.

No comments:

Post a Comment