Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Tuesday, September 21, 2010

Aktiviti Penggunaan Bilik Sumber PPDa


Pelajar yang akan mendapatkan maklumat anti dadah boleh mendapatkan maklumat secara lebih berkesan mengikut urutan sudut-sudut yang disediakan seperti .

Aktiviti 1
:
Jejak Maklumat
Matlamat
:
Menguji pengetahuan sedia penggunaa tentang 
gejala musuh nombor 1, Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut Jejak Maklumat - Rajah tapak kaki
Helaian mengandungi 28 Soalan
Bahan-bahan rujukan

Langkah 1:
Setiap pelajar akan diberi sehelai kertas yang mengandungi 28 soalan. Mereka diminta  menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 1 markah akan diberikan untuk soalan-soalan  yang boleh dijawab oleh pelajar.




Aktiviti 2
:
Kenali Gejala Penagihan Najis Dadah
Matlamat
:
Ke arah mempertingkatkan pengetahuan pengguna tentang 
gejala musuh No. 1 Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut Ilmiah – Jenis-jenis dadah
Bahan-bahan rujukanPenggunaan adalah mengikut urutan

Langkah 1
Guru akan menerangkan jenis-jenis dadah dan kesannya secara perbincangan
berpandukan bahan-bahan rujukan.
Langkah 2
Guru menerangkan keadaan penagihan najis dadah berdasarkan satatistik yang 
dipamerkan.


Aktiviti 3
:
Statistik ( Senario Penagihan Dadah )
Matlamat
:
Ke arah mempertingkatkan pengetahuan pengguna tentang 
 gejala musuh No. 1 Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut IlmiahJenis-Jenis Dadah
Bahan-bahan rujukanPenggunaan adalah berdasarkan  
bahan - bahan yang dipamerkan, buku-buku dan statistik 
yang dipamerkan.

Langkah 1
Guru akan menerangkan jenis-jenis dadah dan kesannya secara perbincangan 
berpandukan bahan-bahan rujukan.

Langkah 2
Guru menerangkan keadaan penagihan najis dadah berdasarkan satatistik yang 
dipamerkan.


Aktiviti 4
:
Kenali Salah Satu Punca Utama Gejala  
Penagihan Najis Dadah
Matlamat
:
Melahirkan pelajar yang bijak melindungi diri dari langkah 
 awal penagihan
Bahan - bahan
:
Sudut Inovasi dan Kreativiti
Sudut ini menyalurkan maklumat tentang kesan negatif 
gejala rokok yang menjadi penyebab utama kepada  
penagihan najis dadah. Suatu Uji Kaji bertajuk “Eksperimen 
mengkaji kehadiran tar” akan dijalankan oleh sekumpulan 
pelajar yang terdiri daripada Pengawas PPDa dan  
eksperimen tersebut ditunjukkan kepada para pelajar 
yang hadir ke bilik sumber ini.

Langkah 1
Pelajar akan ditunjukkan video eksperimen tentang kehadiran tar.
Langkah 2
Guru meminta pelajar member reaksi terhadap pengumpulan tar di dalam paru-paru 
akibat kegiatan merokok.
Langkah 3
Guru meminta pelajar membuat catatan rahsia tentang penglibatan mereka dengan 
merokok dan memasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Catatan Rahsia ini akan 
dianalisis oleh Guru PPDa dan akan memaklumkan kepada guru berkenaan selepas 
analisis selesai. Tujuan adalah untuk memberi galakan kepada para pelajar yang 
merokok untuk berhenti merokok.


Aktiviti 5
:
Paparan Kehidupan
Matlamat
:
Melahirkan pelajar yang bijak melindungi diri dari langkah  
awal penagihan
Bahan - bahan
:
Alat Pandang Dengar ( Televisyen )
VCD- Tersasar Di Jalanmu


Langkah 1
Pelajar akan ditunjukkan video bertajuk “Tersasar ke jalanmu ”
Langkah 2
Guru meminta pelajar memberi reaksi terhadap kisah tersebut :
1. Bagaimanakah keadaan latarbelakang hidup keluarga tersebut ?
2. Mengapakah mereka hidup dalam keadaan demikian ?
3. Apakah risiko yang ada dalam persekitaran mereka?
4. Apakah kesan penggunaan najis dadah terhadap remaja dan orang-orang dewasa ?

Setelah kesemua aktiviti selesai diikuti, maka para 
pelajar dijangka akan memperolehi maklumat yang 
tepat dan sempurna tentang gejala penagihan dadah.

Isu Ponteng








Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

2007 : 21,060 pelajar ponteng
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius.

Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.

Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.

Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006.

Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya.

Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.

Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu.

Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes.

Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.
Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Artikel ini ditulis oleh Rosniza Mohd Taha
.

Pembangunan kawasan sebaran PPDa di sekolah

Selain perubahan yang dilakukan kepada bilik sumber PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil , unit bimbingan dan kaunseling juga bekerjasama untuk mewujudkan kawasan sebaran PPDa di sekitar sekolah ini . Sebanyak 20 kawasan sebaran telah diwujudkan di sekitar sekolah .
Antara tempat sebaran dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengemaskini tempat :
  • De' Santai Terapi - Pengetua dan Pengawas PPDa
  • De' Santai Ria - Persatuan Bahasa Cina dan Bahasa Melayu
  • De' Zon Kejayaan -Gguru Praktikal SMKD
  • De' Santai Niaga - Guru dan Pengawas Koperasi
  • De' Santai Refleks -Pengawas Pusat Sumber
  • De' Santai Selera - Pengakap Sekolah
  • Lestari Minda 1 - Pembimbing Rakan Sebaya
  • Lestari Minda 2 - Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Lestari Minda 3 - Kadet Polis
  • Lestari Minda 4 - Kadet Bomba
  • Lestari Minda 5 - Pengawas Sekolah
  • Lestari Akademik 1 - Panitia Geografi
  • Lestari Akademik 2 - Panitia Sejarah
  • Lestari Akademik 3 - Panitia Matematik
  • Lestari Akademik 4 - Panitia Sains
  • Laman Perkasa - Kadet Remaja Sekolah
  • Laman Nurani - Puteri Islam
  • Laman Halaqah - Kelas KKQ Lelaki
  • Laman  Murni - Pandu Puteri
Dengan harapan setelah wujudkan tempat sebaran ini , pelajar akan lebih memahami dan mengambil berat dengan bahayanya dadah .

Wednesday, July 14, 2010

BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa) SMK DENGKIL

1.0 Pendahuluan

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Dengkil telah diarahkan penubuhannya oleh Pejabat Pelajaran daerah Sepang bermula dari tahun 2007. Penubuhan Bilik Sumber ini bertujuan memenuhi keperluan yang mendapati kawasan Dengkil sebagai salah satu kawasan berisiko tinggi dari sudut gejala penagihan najis dadah di Daerah Sepang.

Dengan wujudnya Bilik Sumber ini, usaha menyalurkan maklumat yang tepat tentang gejala penagihan najis dadah dapat dilaksanakan kepada generasi muda di kawasan ini, iaitu para pelajar sekolah.

Walau bagaimanapun, penubuhan Bilik Sumber ini perlu dirancang dengan baik agar Bilik Sumber ini dapat berfungsi secara optimum. Pelbagai aspek perlu diperhalusi agar setiap perkara yang terkandung di dalam Bilik Sumber ini akan mencapai matlamat penubuhannya iaitu kearah melahirkan generasi sekolah dan masyarakat di kawasan Dengkil ini berpengetahuan dan bebas dadah.
Sehubungan dengan itu, modul penggunaa Bilik Sumber PPDa, SMK Dengkil perlu diwujudkan agar penggunaan Bilik Sumber ini member impak yang paling maksima untuk bertindak sebagai usaha pencegahan kepada gejala najis dadah ini.

2.0 Gagasan Kandungan Bilik Sumber PPDa, SMK Dengkil

Bilik Sumber ini mengandungi beberapa sudut penyaluran maklumat gejala najis dadah.
2.1 Sudut Jejak Maklumat PPDa


Tapak-tapak kaki yang dilukis bermula dari permulaan Blok A sehingga membawa kepada Pintu Bilik Sumber mengajak para pelajar menjejaki maklumat PPDa berpandukan soalan-solan yang bersifat asas pengetahuan gejala najis dadah.


2.2         Sudut Pengurusan Pentadbiran

Sudut ini berfungsi sebagai pengurusan rekod penggunaan bilik , rekod inventori peralatan, fail-fail pengurusan dan pentadbiran.  Para Pengawas Bilik Sumber PPDa akan bertugas menjaga kaunter mengikut giliran.    Sudut ini juga menyediakan segala infrastruktur bagi mereka menyemak dan mengemaskini maklumat serta aktiviti Bilik ini.


2.3 Sudut Pandang dan Dengar

 
Menyediakan maklumat penyalahgunaan najis dadah yang menggunakan media elektronik seperti televisyen dan komputer. 


2.4   Sudut Ilmiah 

Sudut ini berfungsi menyalurkan maklumat melalui media cetak seperti jurnal, buku-buku teks, pamplet yang menerangkan tentang najis dadah, bahan hasilan pelajar seperti folio, buku skrap, poster dan hasilan penulisan kreatif seperti sajak dan cerpen.  


2.5             Sudut Inovasi dan Kreativiti  
 

Sudut ini menyalurkan maklumat tentang kesan negatif gejala rokok yang menjadi penyebab utama kepada penagihan najis dadah.  Suatu Uji Kaji bertajuk “ Eksperimen mengkaji kehadiran tar ” telah dijalankan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada Pengawas PPDa dan eksperimen tersebut ditunjukkan kepada para pelajar yang hadir ke bilik sumber ini.




2.6      Sudut Minda

Sudut ini memberi alternatif untuk mengisi masa lapang dengan permainan bercorak ilmiah dan mengandungi mesej  dadah.

Tuesday, April 13, 2010

Tanda dan Kesan-kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:

* Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

* Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

* Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

* Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

* Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.

* Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

* Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

* Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

* Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

* Selalu mengunjungi tempat-tampat terpencil tanpa sebab.

Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan atau merujuknya kepada pakar-pakar perubatan.

Saturday, April 10, 2010

Akibat Pengambilan Dadah

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

* akibat keatas penagih
* akibat keatas keluarga penagih
* akibat keatas masyarakat dan
* akibat keatas negara


Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan peceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.


Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih–penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.


Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible) dan kos tidak nyata(intangible). Kos nyata termasuklah:-

* Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
* Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
* Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
* Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
* Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
* Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

Tuesday, September 29, 2009

Undang-Undang Dadah Di Malaysia

Undang-undang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam pelaksanaanya terdapat kelemahan-kelemahan perundangan yang dkenal pasti secara berterusan dan dibuat pindaan supaya lebih berkesan. Penalti berat yang dikenakan adalah menggambarkan kesugguhan kerajaan Malaysia untuk membanteras masalah dadah. Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah adalah :-

. Akta Dadah Berbahaya 1952

. Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan harta ),1988

. Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ), 1983 Pindaan 1998

. Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah pencegahan khas ), 1985

. Akta Racun 1952