Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Tuesday, September 29, 2009

Undang-Undang Dadah Di Malaysia

Undang-undang dadah di Malaysia meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam pelaksanaanya terdapat kelemahan-kelemahan perundangan yang dkenal pasti secara berterusan dan dibuat pindaan supaya lebih berkesan. Penalti berat yang dikenakan adalah menggambarkan kesugguhan kerajaan Malaysia untuk membanteras masalah dadah. Lima undang-undang utama yang berkaitan dengan dadah adalah :-

. Akta Dadah Berbahaya 1952

. Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan harta ),1988

. Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ), 1983 Pindaan 1998

. Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-langkah pencegahan khas ), 1985

. Akta Racun 1952

Tanda-tanda Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan penagihan dadah adalah :

. Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
. Mengelakan diri daripada tanggungjawab.
. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki.
. Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kaum keluarga.
. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
.Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca, dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Monday, September 28, 2009

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana:-

* Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.

* Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah.

* Pengaruh rakan-rakan dan hendak menyesuaikan diri dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengan diri.

* Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

* Menghilangkan sesuatu kesusahan yand dideritainya.

* Untuk menghilangkan kerunsigan yang disebabkan oleh desakan ibu bapa.

* Tidak menggunakan masa lapangnya dengan menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberikan manfaat dan berfaedah.

* Masalah dan tekanan rumah tangga.

* Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu oleh diri dengan cara menjadi pengedar.

* Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Sunday, September 13, 2009

Dadah dari Sudut Agama

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum brnda-benda yang memabukkan dan membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat.

Dadah juga menghancurkan rumah tangga. Keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Menurut fatwa yang dikeluarkan Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq di dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari'iyah"; dadah adalah haram dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.


Dadah Menurut Pandangan Buddha

Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata :

"Drunkenness and drug addition is the cause for ones downfall.
Maksudnya: Kemabukan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka.

"He who is addicted to women, to liquor/drugs, to gambling, and squandres whatever he earns will cause his own downfall."
Maksudnya: Siapa yang ketagih perempuan, arak, dadah, perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaannya.

Daripada kata-kata Buddha di atas jelas menunjukkan percanggahan dari segi pendirian agama itu.


Dadah Menurut Pandangan Kristian

Agama Kristian turut melarang penggunaan dadah. Mereka berhujah bahawa penggunaan dadah boleh memisahkan kita daripada dunia yang sebenar. Ia boleh memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaran yang kurang baik.

Drug abuse can cut us off from the world of reality. They can bring us into conflicts of laws. They can worsen personality defects and prevents us from facing the less pleasant aspects of ourselves and our environments.


Dadah Menurut Pandangan Hindu

Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa:

* Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.

Daripada hujah tersebut, maka jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.

Monday, September 7, 2009

Contoh-contoh Dadah Analgesik

Analgesik ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding nonsterodial anti-inflammatory drugs (NSAID). Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak.

Antara dadah-dadah analgesik ialah:-

1. Aspirin
Aspirin adalah jenama yang digunakan oleh syarikat Bayaer daripada Jerman untuk asid asilitilsalisilik, sejenis dadah daripada famili salisilat. Aspirin seringkali digunakan sebagai analgesik, anti-piretik, dan anti-keradangan. Aspirin kerap digunakan untuk mengubati demam dan selsema. Antara kesan-kesan sampingan mengambil aspirin secara berlebihan ialah distres gastrousus dan tinitus. Aspirin masih mempunyai kesan sampingan tetapi dadah ini adalah lebih baik daripada asid salisilik atau salisin.

2. Opioid
Opioid
ialah bahan kimia yang merangsang reseptor opioid, sejenis sel yang dijumpai di otak, saraf tunjang dan saluran gastrousus. Di dalam bidang perubatan, opioid digunakan sebagai analgesik. Opioid tidak mempunyai had dos maksimum, jadi opioid boleh digunakan untuk merawat barah yang kronik asalkan pengambilannya dibuat secara perlahan-lahan. Ini bagi membenarkan badan untuk membiasakan diri dengan dadah tersebut dan kesan sampingannya menghilang. Penyalahgunaan opioid berpunca daripada kemampuannya menyebabkan euforia. Euforia ialah satu keadaan keriangan dan kegembiraan yang abnormal dan selalunya disebabkan oleh pengambilan dadah. Oleh sebab badan mudah melakukan penyesuaian dengan euforia, penyalahguna akan terus menaikkan dos opioid. Jika dos itu dinaikkan secara mendadak, pernafasan akan terganggu dan kematian mungkin berlaku.

3. Heroin
Heroin atau diasetilmorfin (INN) ialah opioid separa-tiruan yang merupakan terbitan 3,6- diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetilan. Bentuk hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom penarikan pernah diperhatikan.