Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Wednesday, July 29, 2009

Kesan-kesan Pengambilan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daropada 4 sudut iaitu :-
1. Kesan kepada penagih
2. Kesan kepada keluarga
3. Kesan kepada masyarakat
4. Kesan kepada negara

1. KESAN KEPADA PENAGIH
- Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
- Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
- Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas, dan kelihatan seperti dalam khayalan.
- Pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihan.
- Daya tahan penyakit menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. KESAN KEPADA KELUARGA
- Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
- Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga, dan wang yang banyak untuk merawatnya.
- Rumahtangga menjadi porak peranda.
- Berlaku perceraian dan keganasan rumahtangga dalam kalangan anggota keluarga.

3. KESAN KEPADA MASYARAKAT
- Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pambunuhan.
- Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
- Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. KESAN KEPADA NEGARA
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. kos tersebut termasuklah :
- Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
- Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
- Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
- Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku.
- Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
- Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakannya terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Punca-punca Pengambilan Dadah

Ptofil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka mengguna dadah ialah kerana :-

- Keseronokan
- Perasaan ingin tahu
- Pengaruh rakan sebaya
- Meningkatkam keseronokan seksual
- rawatan perubatan
- Secara tidak sengaja
- Mengatasi tekanan jiwa

Jenis-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:

1. Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
2. Dadah analgesik.
3. Dadah reakreasi.
4. Dadah penggalak prestasi.

Apa itu Dadah?

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila disalahguna. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepad sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan, asalkan bekalan dadahnya terjamin. akibatnya, ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. semua jenis dadah pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yans sama. Oleh itu, hindarilah penyalahgunaan dadah!