Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Tuesday, September 21, 2010

Aktiviti Penggunaan Bilik Sumber PPDa


Pelajar yang akan mendapatkan maklumat anti dadah boleh mendapatkan maklumat secara lebih berkesan mengikut urutan sudut-sudut yang disediakan seperti .

Aktiviti 1
:
Jejak Maklumat
Matlamat
:
Menguji pengetahuan sedia penggunaa tentang 
gejala musuh nombor 1, Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut Jejak Maklumat - Rajah tapak kaki
Helaian mengandungi 28 Soalan
Bahan-bahan rujukan

Langkah 1:
Setiap pelajar akan diberi sehelai kertas yang mengandungi 28 soalan. Mereka diminta  menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 1 markah akan diberikan untuk soalan-soalan  yang boleh dijawab oleh pelajar.




Aktiviti 2
:
Kenali Gejala Penagihan Najis Dadah
Matlamat
:
Ke arah mempertingkatkan pengetahuan pengguna tentang 
gejala musuh No. 1 Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut Ilmiah – Jenis-jenis dadah
Bahan-bahan rujukanPenggunaan adalah mengikut urutan

Langkah 1
Guru akan menerangkan jenis-jenis dadah dan kesannya secara perbincangan
berpandukan bahan-bahan rujukan.
Langkah 2
Guru menerangkan keadaan penagihan najis dadah berdasarkan satatistik yang 
dipamerkan.


Aktiviti 3
:
Statistik ( Senario Penagihan Dadah )
Matlamat
:
Ke arah mempertingkatkan pengetahuan pengguna tentang 
 gejala musuh No. 1 Negara.
Bahan - bahan
:
Sudut IlmiahJenis-Jenis Dadah
Bahan-bahan rujukanPenggunaan adalah berdasarkan  
bahan - bahan yang dipamerkan, buku-buku dan statistik 
yang dipamerkan.

Langkah 1
Guru akan menerangkan jenis-jenis dadah dan kesannya secara perbincangan 
berpandukan bahan-bahan rujukan.

Langkah 2
Guru menerangkan keadaan penagihan najis dadah berdasarkan satatistik yang 
dipamerkan.


Aktiviti 4
:
Kenali Salah Satu Punca Utama Gejala  
Penagihan Najis Dadah
Matlamat
:
Melahirkan pelajar yang bijak melindungi diri dari langkah 
 awal penagihan
Bahan - bahan
:
Sudut Inovasi dan Kreativiti
Sudut ini menyalurkan maklumat tentang kesan negatif 
gejala rokok yang menjadi penyebab utama kepada  
penagihan najis dadah. Suatu Uji Kaji bertajuk “Eksperimen 
mengkaji kehadiran tar” akan dijalankan oleh sekumpulan 
pelajar yang terdiri daripada Pengawas PPDa dan  
eksperimen tersebut ditunjukkan kepada para pelajar 
yang hadir ke bilik sumber ini.

Langkah 1
Pelajar akan ditunjukkan video eksperimen tentang kehadiran tar.
Langkah 2
Guru meminta pelajar member reaksi terhadap pengumpulan tar di dalam paru-paru 
akibat kegiatan merokok.
Langkah 3
Guru meminta pelajar membuat catatan rahsia tentang penglibatan mereka dengan 
merokok dan memasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Catatan Rahsia ini akan 
dianalisis oleh Guru PPDa dan akan memaklumkan kepada guru berkenaan selepas 
analisis selesai. Tujuan adalah untuk memberi galakan kepada para pelajar yang 
merokok untuk berhenti merokok.


Aktiviti 5
:
Paparan Kehidupan
Matlamat
:
Melahirkan pelajar yang bijak melindungi diri dari langkah  
awal penagihan
Bahan - bahan
:
Alat Pandang Dengar ( Televisyen )
VCD- Tersasar Di Jalanmu


Langkah 1
Pelajar akan ditunjukkan video bertajuk “Tersasar ke jalanmu ”
Langkah 2
Guru meminta pelajar memberi reaksi terhadap kisah tersebut :
1. Bagaimanakah keadaan latarbelakang hidup keluarga tersebut ?
2. Mengapakah mereka hidup dalam keadaan demikian ?
3. Apakah risiko yang ada dalam persekitaran mereka?
4. Apakah kesan penggunaan najis dadah terhadap remaja dan orang-orang dewasa ?

Setelah kesemua aktiviti selesai diikuti, maka para 
pelajar dijangka akan memperolehi maklumat yang 
tepat dan sempurna tentang gejala penagihan dadah.

Isu Ponteng








Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan.

Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

2007 : 21,060 pelajar ponteng
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius.

Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.

Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.

Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006.

Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya.

Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.

Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu.

Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes.

Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.
Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.

Artikel ini ditulis oleh Rosniza Mohd Taha
.

Pembangunan kawasan sebaran PPDa di sekolah

Selain perubahan yang dilakukan kepada bilik sumber PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil , unit bimbingan dan kaunseling juga bekerjasama untuk mewujudkan kawasan sebaran PPDa di sekitar sekolah ini . Sebanyak 20 kawasan sebaran telah diwujudkan di sekitar sekolah .
Antara tempat sebaran dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengemaskini tempat :
  • De' Santai Terapi - Pengetua dan Pengawas PPDa
  • De' Santai Ria - Persatuan Bahasa Cina dan Bahasa Melayu
  • De' Zon Kejayaan -Gguru Praktikal SMKD
  • De' Santai Niaga - Guru dan Pengawas Koperasi
  • De' Santai Refleks -Pengawas Pusat Sumber
  • De' Santai Selera - Pengakap Sekolah
  • Lestari Minda 1 - Pembimbing Rakan Sebaya
  • Lestari Minda 2 - Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Lestari Minda 3 - Kadet Polis
  • Lestari Minda 4 - Kadet Bomba
  • Lestari Minda 5 - Pengawas Sekolah
  • Lestari Akademik 1 - Panitia Geografi
  • Lestari Akademik 2 - Panitia Sejarah
  • Lestari Akademik 3 - Panitia Matematik
  • Lestari Akademik 4 - Panitia Sains
  • Laman Perkasa - Kadet Remaja Sekolah
  • Laman Nurani - Puteri Islam
  • Laman Halaqah - Kelas KKQ Lelaki
  • Laman  Murni - Pandu Puteri
Dengan harapan setelah wujudkan tempat sebaran ini , pelajar akan lebih memahami dan mengambil berat dengan bahayanya dadah .