Sekolah Kami

My photo
Dengkil, Selangor, Malaysia

LOGO PPDa

LOGO PPDa

Wednesday, July 14, 2010

BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa) SMK DENGKIL

1.0 Pendahuluan

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Dengkil telah diarahkan penubuhannya oleh Pejabat Pelajaran daerah Sepang bermula dari tahun 2007. Penubuhan Bilik Sumber ini bertujuan memenuhi keperluan yang mendapati kawasan Dengkil sebagai salah satu kawasan berisiko tinggi dari sudut gejala penagihan najis dadah di Daerah Sepang.

Dengan wujudnya Bilik Sumber ini, usaha menyalurkan maklumat yang tepat tentang gejala penagihan najis dadah dapat dilaksanakan kepada generasi muda di kawasan ini, iaitu para pelajar sekolah.

Walau bagaimanapun, penubuhan Bilik Sumber ini perlu dirancang dengan baik agar Bilik Sumber ini dapat berfungsi secara optimum. Pelbagai aspek perlu diperhalusi agar setiap perkara yang terkandung di dalam Bilik Sumber ini akan mencapai matlamat penubuhannya iaitu kearah melahirkan generasi sekolah dan masyarakat di kawasan Dengkil ini berpengetahuan dan bebas dadah.
Sehubungan dengan itu, modul penggunaa Bilik Sumber PPDa, SMK Dengkil perlu diwujudkan agar penggunaan Bilik Sumber ini member impak yang paling maksima untuk bertindak sebagai usaha pencegahan kepada gejala najis dadah ini.

2.0 Gagasan Kandungan Bilik Sumber PPDa, SMK Dengkil

Bilik Sumber ini mengandungi beberapa sudut penyaluran maklumat gejala najis dadah.
2.1 Sudut Jejak Maklumat PPDa


Tapak-tapak kaki yang dilukis bermula dari permulaan Blok A sehingga membawa kepada Pintu Bilik Sumber mengajak para pelajar menjejaki maklumat PPDa berpandukan soalan-solan yang bersifat asas pengetahuan gejala najis dadah.


2.2         Sudut Pengurusan Pentadbiran

Sudut ini berfungsi sebagai pengurusan rekod penggunaan bilik , rekod inventori peralatan, fail-fail pengurusan dan pentadbiran.  Para Pengawas Bilik Sumber PPDa akan bertugas menjaga kaunter mengikut giliran.    Sudut ini juga menyediakan segala infrastruktur bagi mereka menyemak dan mengemaskini maklumat serta aktiviti Bilik ini.


2.3 Sudut Pandang dan Dengar

 
Menyediakan maklumat penyalahgunaan najis dadah yang menggunakan media elektronik seperti televisyen dan komputer. 


2.4   Sudut Ilmiah 

Sudut ini berfungsi menyalurkan maklumat melalui media cetak seperti jurnal, buku-buku teks, pamplet yang menerangkan tentang najis dadah, bahan hasilan pelajar seperti folio, buku skrap, poster dan hasilan penulisan kreatif seperti sajak dan cerpen.  


2.5             Sudut Inovasi dan Kreativiti  
 

Sudut ini menyalurkan maklumat tentang kesan negatif gejala rokok yang menjadi penyebab utama kepada penagihan najis dadah.  Suatu Uji Kaji bertajuk “ Eksperimen mengkaji kehadiran tar ” telah dijalankan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada Pengawas PPDa dan eksperimen tersebut ditunjukkan kepada para pelajar yang hadir ke bilik sumber ini.




2.6      Sudut Minda

Sudut ini memberi alternatif untuk mengisi masa lapang dengan permainan bercorak ilmiah dan mengandungi mesej  dadah.